Seks ketika haid - amalan mungkin berkaitan pemujaan jin
KUALA LUMPUR: Segelintir individu dipercayai memuja jin supaya mempunyai nafsu luar biasa ketika melakukan hubungan kelamin.Perunding motivasi, Datuk Zawawi Yusoh berkata, jin jahat suka kepada darah dan ada satu amalan dilakukan untuk memberi keasyikan kepada seseorang ketika bersama pasangannya.
“Ia mampu membuatkan seseorang berasa nikmat dan seronok serta keinginan melakukan hubungan seksual tidak mampu dibendung akibat hasutan syaitan yang dipuja,” katanya.
Beliau mengulas tabiat pelik remaja perempuan berusia 16 tahun yang gemar melakukan seks ketika datang bulan dan nafsu membuak jika memakan masakan ayam yang masih berdarah.
Menurutnya, remaja terbabit atau pasangannya mungkin belajar amalan memuja jin sekadar suka-suka dan tanpa disedari ia memberi keseronokan serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
“Individu yang mengamalkan pemujaan jin akan membaca mantera atau jampi tertentu bagi menguatkan tenaga batin serta menambah nafsu luar biasanya supaya sentiasa hebat dan kuat.
“Tahu sajalah, remaja yang baru nak meningkat dewasa suka mencuba sesuatu yang baru. Mungkin dia sekadar suka-suka, namun akhirnya menjadi seronok hingga sukar meninggalkan tabiat itu.
“Mereka juga tidak dapat bezakan sama ada perkara dilakukan itu berdosa atau sebaliknya disebabkan tiada pengawasan atau teguran,” katanya.
Beliau berkata, ibu bapa perlu peka terhadap perubahan anak, terutama jika menunjukkan perubahan, dan usah ambil sikap tidak kisah atau terlalu memberi kebebasan kepada mereka.
“Nafsu begini dilihat sangat luar biasa dan bertentangan dengan ajaran Islam. Islam mengharamkan umatnya melakukan hubungan kelamin ketika isteri dalam keadaan haid kerana kotor, apatah lagi pasangan ini belum bernikah dan ditambah pula dengan dosa berzina.
“Rawatan terbaik untuk memulihkan semula adalah melalui perubatan Islam iaitu menggunakan ayat suci al-Quran untuk memulihkan semula nafsu supaya kembali normal,” katanya.