Sambutan Thaipusam di Malaysia
Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang berugama Hindu diseluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Lord Murugan atau juga dikenali sebagai Lord Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalender Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.
Untuk penganut ugama Hindu, Thaipusam merupakan hari bertaubat pada dosa-dosa yang lepas. Pada hari perayaan Thaipusam yang diraikan oleh penganut ugama Hindu, patung Dewa Subramaniam, anak bongsu Dewa Siva, diletakkan di atas pedati perak dan diarak dengan muzik. Dewa Siva merupakan Dewa paling berkuasa antara beribu-ribu Dewa dalam ugama Hindu.

Ciri utama perayaan Thaipusam adalah acara membawa kavadi, kerangka besi atau kayu yang dihiasi dengan kertas bewarna warni, bunga, dan, buah segar sebagai membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam. Kavadi merupakan kerangka besi separuh bulatan dengan galang untuk diletakkan pada bahu dan dihiasi dengan bunga-bungaan, dan bulu merak.
Sesetengah penganut Hindu yang lain mengenakan selipar berpaku, atau mengenakan rod logam menembusi pipi, lidah, dan badan mereka. Bagaimanapun mereka berada dalam bersawai "terpukau" dan tidak kelihatan merasa sakit.
Di Malaysia, perayaan Thaipusam dirayakan setiap tahun di Batu Caves di mana pembawa kavadi akan menaiki 272 anak tangga sehingga pintu masuk gua dan diletakkan dihadapan patung dewa.

Cuti
Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam sebagau cuti umum.
