|

Rafizi, Zuraida lantik peguam hadapi saman Shahrizat

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Wanitanya mengesahkan mereka telah menerima notis saman yang dikemukakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil berhubung isu kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Sehubungan itu menurut Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin, pihaknya yakin saman tersebut tidak ada asas dan bersedia untuk bertemu di mahkamah pada bila-bila masa.

"Untuk tujuan itu, kami telah melantik satu pasukan peguam yang terdiri daripada Ranjit Singh, Sivarasa Rasiah, N Surendran dan Gopal Sreenevasan," kata mereka dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Rafizi dan Zuraida mengulangi bahawa kesempatan bersemuka di mahkamah dengan Shahrizat dan NFC akan digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai dalam salah guna projek lembu daging itu, termasuk dokumen-dokumen rasmi yang
boleh membantu memberikan gambaran sebenar bentuk urusan dan penyelewengan yang berlaku.

"Kami juga bersedia untuk memanggil saksi-saksi penting yang bertanggungjawab membuat keputusan bersabit NFC di semua peringkat kerajaan dan pihak-pihak lain bagi membantu merungkai skandal besar negara ini.

"Oleh sebab itulah, kami mengalu-alukan saman yang dikemukakan oleh Datuk Seri Shahrizat ini kerana ia memberi peluang untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting yang kini tersembunyi dari pengetahuan rakyat," kata mereka lagi.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 3:14 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Rafizi, Zuraida lantik peguam hadapi saman Shahrizat"

Leave a reply

Blogged.my