|

Piala Uber: Malaysia tunduk di tangan China 1-4

Skuad wanita negara kalah 1-4 kepada China dalam perlawanan Kumpulan W Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala Uber Zon Asia di Macau hari ini.

Bagaimanapun, Malaysia meraih mata tunggal menerusi beregu Goh Liu Ying dan Lim Yin Loo apabila mengalahkan pasangan Qianxin Zhong/Yixin Bao 21-16, 21-15.

Pasukan China memulakan kempen dengan memperoleh mata pertama menerusi pemain perseorangan Jiang Yangjio yang dengan mudah mengatasi Tee Ji Ying, 21-11 dan 21-7 dalam masa 27 minit.

Beregu utama negara Wong Pei Tty/Chin Eei Hui juga gagal menandingi beregu nombor satu dunia Tian Qing/Zhao Yunlei apabila tumpas 10-21 dan 9-21.

China terus mengumpul mata apabila Liu Xin mengalahkan Lydia Cheah 21-12, 21-19, manakala Wang Lin menutup tirai perlawanan dengan mengatasi pemain
peseorangan ketiga negara Sannatasah Saniru, 21-11 dan 21-13. - Bernama


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 1:32 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Piala Uber: Malaysia tunduk di tangan China 1-4"

Leave a reply

Blogged.my