|

Pelakon, Diana Danielle simpati dengan nasib 'klon'nya itu

IPOH: “Saya simpati terhadap nasib seorang gadis mirip wajah saya yang menerima gangguan teruk daripada peminat misterinya,” ujar pelakon popular, Diana Danielle, 20, yang pernah berhadapan situasi hampir sama sebelum ini.

Dia mengulas laporan akhbar Harian Metro semalam berhubung tindakan seorang setiausaha membuat laporan polis selepas menerima nota cinta, cincin dan rantai dan seluar dalam yang dihantar peminatnya ke peti surat rumah didiami di Setapak, di sini.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wani, 21, tambah bimbang apabila suspek turut meninggalkan tiga ekor ayam di pagar rumahnya malam Sabtu lalu.

Diana Danielle berkata, biarpun tidak menerima nasib seteruk Wani, dia sentiasa berhati-hati apabila berhadapan dengan kelompok peminat ekstrem seperti itu.

Sebagai selebriti, Diana Danielle mengakui penampilannya kerap menjadi perhatian ramai dan tidak mustahil peminat misteri yang mengganggu Wani adalah golongan yang menghadapi gangguan emosi.

“Mungkin peminat berkenaan terlalu mengikutkan perasaan dan bertindak tanpa berfikir panjang sehingga menimbulkan kebimbangan kepada Wani dan keluarganya,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman berhadapan peminat, Diana Danielle yang juga pelakon filem muzikal Magika berkata, dia berhadapan dengan seorang pemuda dari Borneo yang disifatkan peminat ekstrem sehingga sanggup mengeluarkan ribuan ringgit untuk membelikan hadiah kepadanya.

“Mujur peminat berkenaan tidak berurusan terus dengan ibu (pengurus) dan saya. Ketika itu peminat berkenaan hanya berhubung dengan pengurusan KRU Studios untuk mengirimkan surat atau hadiah. Peminat itu menghantar pelbagai barang bernilai seperti cincin dan rantai emas sebagai menunjukkan dia adalah peminat setia saya.

“Ada juga yang mengirimkan nota cinta kepada pengurusan,” katanya.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 8:25 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Pelakon, Diana Danielle simpati dengan nasib 'klon'nya itu"

Leave a reply

Blogged.my