|

Pelaburan emas melalui Internet mungkin beri kesan buruk

BACHOK, 26 Feb - Kementerian Kewangan bimbang kemungkinan merebaknya skim pelaburan emas melalui internet yang menjanjikan pulangan tinggi, akhirnya memberi kesan buruk kepada pelabur.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata syarikat yang ditubuhkan di luar negara itu dikatakan memberi jaminan akan memberi keuntungan 10 hingga 20 peratus dalam tempoh yang singat.

"Peringkat awal mereka benar mendapat untung lumayan tetapi kita bimbang pada akhirnya mereka akan mendapat kesan buruk apabila tidak mendapat pulangan yang setimpalnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen membaja Risda di Kampung Mak Lipah, Pak Badol di sini.

Beliau berkata Kementerian Kewangan tidak pernah mengeluarkan lesen mengenainya dan jika ada yang berasa tertipu mereka boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk diambil tindakan.

- BERNAMA


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 12:49 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

1 comments for "Pelaburan emas melalui Internet mungkin beri kesan buruk"

  1. hati-hati dengan skim pelaburan emas. Gunakan akal yang waras untuk menafikan gelogak nafsu dan hati yang inginkan keuntungan cepat.. :)

    Jauhi Skim Pelaburan emas

Leave a reply

Blogged.my