|

Parasit Pas terungkai, Hassan Ali akan buat keputusan untuk rayuan

Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari lagi sama ada mahu membuat rayuan ataupun tidak keputusan Pas memecat beliau awal bulan lalu.

Beliau diberi 30 hari untuk mengemukakan rayuan. Pas memecatnya 8 Januari lalu.
Sambil bertanya pendapat kepada hadirin pada ceramahnya di Bandar Baru Bangi malam tadi, Hasan dilihat masih lagi tidak dapat membuat keputusan hingga hari ini.

"Saya akan putuskan dalam beberapa hari sama ada akan merayu atau tidak. Tetapi sebelum itu, saya nak tanya pendapat penduduk Bangi... adakah saya patut merayu atau tidak?" soalnya sambil dijawab "tidak".

Sekitar 500 orang hadir pada ceramah yang diadakan di Padang Balai Pahlawan.

Selain Hasan, turut hadir sama memberikan ceramah ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan Basri.

Sementara itu, dalam ceramahnya, Hasan turut mempertikaikan tindakan Pas menghalang usahanya memerangi penjualan arak di Selangor pada tahun 2008.

Katanya, jika parti komponen lain seperti DAP atau PKR yang menghalang usahanya itu, beliau tidak kisah.

"Saya berasa hairan. Tuan-tuan tahukan macam mana saya memerangi arak? Jadi, siapa yang halang saya? Kalau DAP atau PKR yang nak halang saya, saya boleh faham. Tetapi bekas parti saya sendiri yang halang. Saya tak boleh terima," katanya.

Sambil mempersoalkan kembali tindakan Pas memecat beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini berkata, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan, yang dijadikan alasan untuk memecatnya.

"Kesalahan saya bukan meliwat orang. Kesilapan saya bukan gila kuasa. Tetapi kesalahan saya kerana melaksanakan enakmen jenayah Syariah.

"Itu salah saya. Terpulang pada saudara untuk menilai... saya tak tambah dan tak kurang apa yang saya katakan malam ini," katanya.

Justeru, sempena penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Jati untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu, beliau menyeru agar seluruh masyarakat menjadikan badan itu sebagai payung demi pembangunan negara.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 7:34 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Parasit Pas terungkai, Hassan Ali akan buat keputusan untuk rayuan"

Leave a reply

Blogged.my