|

KSN tambah 3 wakil CUEPACS panel kaji SBPA

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bersetuju dengan permintaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya tiga lagi pemimpin kanan kesatuan itu menganggotai pasukan petugas khas semakan semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Dipetik Bernama, beliau berkata, tidak ada masalah jika mereka hendak menyertai pasukan itu kerana memang menjadi hasrat kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendengar pandangan pihak lain yang terlibat.

"Tiada masalah kerana kalau tidak terima mereka sekarang, nanti kita kena meyakinkan mereka juga, lebih baik libatkan mereka dari awal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Majlis Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) di sini.

Terdahulu, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman hari ini berkata permohonan berhubung perkara itu akan dihantar kepada Mohd Sidek esok.

Tiga pemimpin kanan Cuepacs yang dicadang menganggotai pasukan itu ialah Timbalan Presiden 1 Azih Muda, Setiausaha Agung Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangan Jaafar Mansor.

Cuepacs berkata pihaknya akan keluar pasukan petugas khas SBPA jika permintaan mereka tidak dilayan.

- Bernama


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 12:17 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "KSN tambah 3 wakil CUEPACS panel kaji SBPA"

Leave a reply

Blogged.my