|

Kenyataan Papa dimanipulasikan : Nurul Izzah

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa bahawa kenyataan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, berkaitan Israel yang disiarkan oleh Wall Street Journal minggu lalu, telah dimanipulasi oleh musuh politiknya.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pendirian PKR ialah mengecam sekeras-kerasnya kezaliman dan kejahatan yang dilakukan Israel.

"Ketika soalan itu ditanya, 'adakah kita akan menjaga keselamatan rantau di Timur Tengah, Anwar berkata Ya. Tetapi bersyarat iaitu jika memberi kebebasan pada warga Palestin dan hentikan keganasan di tanah-tanah sempadan seperti di Gaza.

"Islam mengajar kita untuk mempertahankan diri. Tetapi bila sudah diberi kebebasan, kita juga perlu bersedia untuk melindungi masyarakat dan agama lain," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Taman Sentosa hari ini.

Beliau turut menegaskan, apa yang disebut Anwar dalam wawancara itu sehaluan dengan pendirian kerajaan Malaysia. Nurul Izzah turut mempersoalkan mengapa setiap yang dikatakan Anwar akan dipolitikkan.

"Apa sahaja yang Anwar kata akan dipolitikkan. Enam bulan lalu mereka kata Anwar anti-Israel. Sekarang pro-Israel pula," katanya.

Anwar dilaporkan menyatakan sokongan terhadap usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel ketika beliau ditemu bual oleh Wall Street Journal, 23 Januari lalu.

Bagaimanapun, dalam kenyataan Anwar pada 28 Januari, beliau mendakwa ia semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya beliau "mengkhianati aspirasi rakyat Palestin."


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 9:09 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Kenyataan Papa dimanipulasikan : Nurul Izzah"

Leave a reply

Blogged.my