|

KDNK hasil ICT : Malaysia tewaskan USA dan Jepun

Menurut kepada kajian yang dijalankan hasil kerjasama oleh McKinsey & Company, Internet telah berkembang menjadi salah satu industri utama di Malaysia, dan menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar lebih tinggi daripada Amerika Syarikat ataupun China.

'Online and Upcoming: The Internet's Impact on Aspiring Countries' menjangkakan Internet telah menyumbang kepada 4.1% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2010, ataupun US$9.75 billion daripada KDNK 2010 bernilai US$238 billion (http://siteresources.worldbank.org/DATASTATISTICS/Resources/GDP.pdf ) jangkaan World Bank) -- menempatkan Malaysia diantara 30 negara berkembang pantas dan penting kepada masa depan Internet, menurut laporan tersebut.

Malaysia menjana pendapatan yang tinggi melalui pengeksportan peralatan yang membolehkan para pengguna menggunakan dan berhubung ke Internet. Walaubagaimanapun, McKinsey percaya yang mana dalam tempoh tiga tahun, Malaysia akan melihat peningkatan pada nilai aktiviti domestik pada Internet yang menyumbang kepada ekonomi negara. Ia telah pun sedia berkembang dengan pantas. Kadar penembusan Internet telah berganda antara tahun 2008 dan 2010 dan satu daripada tiga minit yang dihabiskan oleh pengguna Malaysia di rangkaian sosial. Ia kini terdapat hampir enam kali ganda pelayan untuk per kapita berbanding purata di negara lain, dan 25 kali ganda per kapita berbanding di Asia Tenggara.

Walaupun begitu, Internet di Malaysia masih mempunyai potensi yang masih belum diterokai, mengikut laporan tersebut. Sebagai contoh, walaupun perniagaan di Malaysia menjual lebih banyak berbanding negara lain yang lebih kurang serupa, namun dari segi pengiklanan, ia masih jauh berbeza. Hanya 1% daripada perniagaan mengiklanan perkhidmatan mereka secara atas-talian, meletakkan Malaysia pada kedudukan 10% terakhir daripada 57 negara yang di index pada laporan tersebut.

Menurut Nimal Manuel, Principal, McKinsey & Company: "Sekiranya polisi diletakkan bersama untuk menyokong pembangunan kewangan dan modal insan, termasuk meningkatkan dana VC, membelanjakan untuk R&D, dan mengurangkan kos untuk memulakan perniagaan, masa depan ekosistem Internet di Malaysia kelihatan amat kukuh."

'Online and Upcoming: The Internet's Impact on Aspiring Countries' adalah laporan pertama dalam menilai sumbangan Internet terhadap ekonomi. Ia mengikuti siri laporan yang lebih kurang sama daripada Google dan rakan penyelidikan di Eropah, Hong Kong, Australia dan Indonesia. Ia juga turut menyertakan beberapa langkah berbeza untuk menilai Internet, yang dimulakan oleh Amerika Syarikat dan Eropah, terhadap ekonomi di Malaysia untuk kali pertama.

"Ekonomi Internet adalah salah satu kekunci utama untuk pembangunan Malaysia. Untuk meneruskannya, SME yang membuat perniagaan atas-talian adalah amat penting, bersama-sama dengan peningkatan penggunaan Internet domestik," tambah Sajith. "Inovasi adalah enjin kepada perkembangan dan Malaysia mengikuti langkah yang betul dalam meneruskan pembangunan ekonomi pendidikan dan isu yang berkaitan."


Pengguna Malaysia menghabiskan masa berjam-jam online

Pengguna Malaysia kini menghabiskan lebih banyak masa melayari Internet, berbanding media yang lain, termasuk menonton televisyen, mendengar radio dan juga membaca akhbar. Pengguna Malaysia yang berumur dalam lingkungan 30-an menghabiskan masa lebih dua kali ganda di Internet berbanding dengan menonton televisyen.

Rangkaian sosial merupakan salah satu aktiviti utama. Kadar tembusan penggunaan rangkaian sosial di Malaysia adalah sekitar 91%, dan satu daripada tiga minit dihabiskan atas-talian oleh pengguna tempatan adalah pada rangkaian sosial.

Walaubagaimanapun, kadar penggunaan domestik adalah masih dibawah par. Di negara-negara membangun yang lain yang difokuskan oleh laporan tersebut, penggunaan swasta purata menghampiri 70% daripada impak Internet, tetapi di Malaysia angka tersebut hanya sekitar 40%.


Kurangkan Kos Membuat Perniagaan Melalui Internet

Melalui bancian SME, salah satu strategi utama yang membolehkan keusahawanan terus berkembang di Malaysia adalah mengurangkan kos membuat perniagaan.

Akses Internet masih rendah untuk SME di Malaysia kerana kos pendaftaran nama domain dan juga jalur-lebar yang tinggi. Sebagai contoh, pada 2010, kos mendaftarkan domain di Malaysia adalah US$143, berbanding hanya US$24 di Amerika Syarikat.

Walaupun pembayaran atas-talian aktif di Malaysia, dan kebolehan menghantar barangan bukan suatu masalah, namun kos tinggi untuk mengakses internet, serta kekurangan penyediaan Internet untuk mencapai pengguna yang menggunakan Internet adalah salah satu perkara yang perlu diberi perhatian.

Perjanjian dan kontrak adalah sukar dan berkos tinggi untuk dikuat-kuasakan - ia mengambil masa sehingga 585 untuk menguat-kuasa kontrak di Malaysia, berbanding hanya 295 hari di Vietnam.

SME di Malaysia menghabiskan duit yang lebih sedikit berbanding SME di negara lain untuk pengiklanan atas-talian.

SME di Malaysia masih belum menggunakan kelebihan Internet sepenuhnya. Hanya 20% daripada SME di Malaysia yang menggunakan IT secara penuh dalam operasi harian. Pada 2010, kada tembusan Internet dikalangan perniagaan hanyalah sekitar 33%, lebih kurang sama tahap dengan Vietnam, walaupun mempunyai perbezaan tinggi dari segi KDNK per kapita. Dengan akses Internet sekalipun, SME di Malaysia hanya memberikan akses jalur-lebar kepada pekerja sekitar 69% sahaja berbanding Vietnam yang memberikan akses sekitar 76% kepada pekerja mereka.

Mengalakkan Pembangunan Modal Insan Dan Kewangan

Malaysia menduduki sedikit dibawah purata, dalam modal insan dan modal kewangan, dan mempunyai pelbagai peluang untuk diperbaiki.

Malaysia menduduki bawah purata untuk angka perjanjian VC, mengikut sampel yang digunakan McKinsey.

Modal insan boleh dipertingkatkan dengan mengalakkan pekerjaan berkaitan dengan R&D - pada 2010, Malaysia mempunyai 505 penyelidik R&D untuk setiap sejuta orang, berbanding dengan 1,166 penyelidik di Australia, dan 5,615 di Jepun.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 7:49 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "KDNK hasil ICT : Malaysia tewaskan USA dan Jepun"

Leave a reply

Blogged.my