|

Isu KITA : Zaid salahkan Barisan Nasional

Datuk Zaid Ibrahim mendakwa Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan terdesak apabila disifatkan cuba mencampuri masalah dalaman Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita).

Zaid yang juga Presiden Kita mendakwa BN begitu berminat dengan konflik yang dihadapi parti berkenaan terutama apabila timbulnya isu krisis kepimpinan berikutan pengumuman hasrat membubarkan parti yang baru berusia lebih setahun itu.

"Mengapa BN begitu berminat dengan Kita? Mengapa perhatian semua diberikan kepada pihak yang kecil?

"Hanya orang terdesak yang akan melakukan perkara terdesak," kata beliau menerusi akaun twitternya di sini, Selasa.

Khamis lalu Zaid mengumumkan bahawa parti Kita yang ditubuhkan pada pertengahan Disember 2010 akan dibubarkan menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menurut Zaid pembubaran itu wajar bagi menghapuskan keraguan bahawa Kita tidak memihak kepada pembangkang berikutan terdapat beberapa ahli parti itu terutama di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka telah mengkritik pembangkang secara berterusan.

Bagaimanapun hasrat Zaid itu mendapat reaksi negatif ahli partinya sendiri apabila beliau sebaliknya didesak meletak jawatan dan keluar daripada parti berkenaan kerana mengambil keputusan tanpa mendapat persetujuan kepimpinan peringkat negeri.

Zaid yang sebelum ini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai Presiden Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), yang kemudian ditukar nama kepada Kita dalam Muktamar Agung Tahunan AKIM 2010.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 1:52 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Isu KITA : Zaid salahkan Barisan Nasional"

Leave a reply

Blogged.my