|

Gadis dipercayai diculik selepas berdua-duaan dengan kekasih

Gambar Hiasan
KUCHING: Seorang gadis dipercayai telah diculik selepas berdua-duaan bersama dengan seorang lelaki dipercayai kekasihnya di sebuah taman di pusat bandar.

Menurut sumber, gadis berusia 18 tahun tersebut yang berasal dari sebuah kawasan pedalaman di Sri Aman dan bekerja di sebuah restoran di sini terdahulunya telah dibawa oleh teman lelakinya ke sebuah taman.

Bagaimanapun sekitar jam 10 malam, mereka telah didatangi oleh dua orang lelaki yang menyamar sebagai pengawal di taman tersebut dan telah memarahi mereka kerana berada di taman tersebut.

Kedua-dua lelaki tadi kemudiannya telah meminta teman lelaki gadis tersebut untuk menyerahkan telefon bimbit dan wang tunai kepada mereka.

Akur kepada permintaan itu, teman lelaki gadis itu telah menyerahkan apa yang telah diminta oleh kedua-dua lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, sumber tersebut turut memberitahu, kedua-dua lelaki itu kemudiannya telah meminta si gadis dan teman lelakinya pergi ke pejabat mereka.

“Salah seorang daripada lelaki tadi telah membawa gadis tersebut dengan sebuah motosikal dan seorang lagi lelaki berjalan kaki bersama teman lelaki gadis tersebut.

“Bagaimanapun, lelaki tersebut kemudiannya telah menghilangkan diri menyebabkan teman lelaki gadis tersebut mengesyaki sesuatu yang tidak elok,” kata sumber tersebut.

Tambahnya, teman lelaki gadis itu segera ke pejabat pengawal tersebut dan mendapati kedua-dua lelaki tadi serta teman wanitanya tiada di situ sebaliknya telah dimaklumkan oleh pihak pengawal berkenaan bahawa pihaknya tidak pernah mengambil tindakan terhadap orang ramai kecuali jika berlaku kerosakan harta benda dan seumpamanya.

“Selepas dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak pengawal, dia (teman lelaki gadis tersebut) segera mencari teman wanitanya bersama dengan beberapa rakan-rakannya di sekitar bandar raya Kuching,” katanya.

Bagaimanapun,selepas tiga jam mencari, mereka telah menemui jalan buntu dan membuat laporan berhubung kejadian di balai polis berdekatan.

Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan.

- The Borneo Post


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 10:44 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Gadis dipercayai diculik selepas berdua-duaan dengan kekasih"

Leave a reply

Blogged.my