|

Dua bintang porno Itali merebut jawatan Datuk Bandar Taranto

Dua aktres filem lucah menarik perhatian penduduk bandar utara Itali di Taranto selepas menyertai perlumbaan untuk menjadi datuk bandar berkenaan.

Tambah menceriakan keadaan di bandar itu ialah rancangan Amandha Fox dan Luana Borgia untuk menarik sokongan menerusi persembahan tarian tiang.

Mereka sudah mengatur rancangan membuat persembahan itu pada malam sebelum pengundian bermula bulan depan sambil mengadakan sesi beramah mesra dengan pengundi dan memberitahu penduduk mengenai rancangan mereka jika menang jawatan itu.

Apapun, tidak diketahui sejauh mana penduduk bandar itu sedia meluangkan masa untuk berbual isu serius dengan dua pelakon berkenaan.

Jurucakap aktres berkenaan juga memberitahu akhbar: “Kami mahu berlaku adil, jadi kami jemput mana-mana calon untuk datang pada malam ini dan menari.”

Fox juga berkata: “Saya mahu penduduk melihat diri saya yang sebenar.” Malah, aktres itu sudah menyiarkan manifestonya yang bermaksud ‘Hidup Taranto’, kata akhbar Il Tempo.

Dalam manifesto itu, Fox berjanji merombak tentera laut, meningkatkan industri pelancongan dan mengatur sesi ‘Seks Taranto’ yang akan diadakan pada musim bunga setiap tahun.

Tidak diketahui sama ada seorang lagi lawan pertandingan sedia menyahut cabaran mereka.

Satu lagi persoalan ialah tidak diketahui sama ada penduduk bandar mahu melihat pemimpin mereka dalam keadaan seperti itu.

Lawan Fox dan Borgia ialah pemegang jawatan itu ialah Ippazio Stefano yang juga datuk bandar sekarang.

Mungkin mereka lebih mudah mengikut seorang lagi pelakon filem dewasa, Vendula Kroupova yang menyiarkan gambar lucahnya di Facebook.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 8:16 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Dua bintang porno Itali merebut jawatan Datuk Bandar Taranto"

Leave a reply

Blogged.my