|

Dang Suria dikritik kerana memberi komen biadap dan menghina!

Dang Suria yang kini muncul dengan wajah baru ala Angelina Jolie telah dikritik hebat oleh penonton program On Air gara-gara keceluparannya mengkritik rupa paras dan fizikal peserta rancangan tersebut.

On Air merupakan sebuah rancangan kendalian Aznil Nawawi dimana ia menfokuskan pencarian penganti dalam bidang pengacaraan.

Kata-kata peribadi Dang Suria terhadap peserta tersebut telah dianggap biadap oleh penonton kerana ia secara tidak langsung telah menjatuhkan maruah individu berkenaan. Kenyataan spontan berbunyi,
“Memang budak tu tak handsome langsung, saya rasa penonton akan tukar channel sebab benci tengok muka budak tu tak handsome, sorryla dia mmg tak layak”
juga disifatkan sebagai terlalu angkuh untuk dikeluarkan oleh seorang selebriti yang dikenali ramai.

Menurut email seorang penonton kepada OHBULAN,
“Kenapa tiba-tiba rupa tu penting sangat sampai nak direct maki fizikal orang lain? Ingat, yang gemuk atau hodoh tu ciptaan Tuhan juga! Pada saya, kalau nak komen orang pun biarlah berpada-pada, jangan sampai menjatuhkan maruah orang lain!”

Dang Suria turut menerima respon daripada penonton yang mempersoalkan perubahan wajahnya. Dang Suria telah didakwa mengamalkan suntikan Botox, terutamanya di bahagian bibir. Kata penonton tadi, Dang Suria tak perlu tabur komen bersifat menghina, sedangkan diri sendiri pun penuh dengan suntikan sana-sini.

Haih, macam-macam dunia ni!

OhBulan


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 7:40 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Dang Suria dikritik kerana memberi komen biadap dan menghina!"

Leave a reply

Blogged.my