|

Chelsea leka, MU bangkit untuk berkongsi mata!

STAMFORD BRIDGE - Manchester United (MU) bekerja keras untuk menyamakan kedudukan selepas ketinggalan tiga gol di belakang dan berkongsi mata dengan Chelsea dalam perlawanan dramatik di Stamford Bridge.

Keputusan itu membolehkan pasukan diterajui Sir Alex Ferguson menafikan kekalahan berterusan mereka di tempat lawan sepanjang sedekad lalu.

Gol sendiri Jonny Evans telah membolehkan Chelsea berada di depan sebelum jaringan Juan Mata dan David Luiz, masing-masing pada minit ke-36, 46 dan 51, yang meletakkan tuan rumah berada dalam kedudukan selesa.

Harapan MU pada persaingan Liga Perdana Inggeris malam tadi pulih dengan dua tendangan penalti yang diberikan oleh pengadil, Howard Webb dan kedua-duanya disempurnakan oleh Wayne Rooney pada minit ke-58 dan 70.

Gol ketiga MU disumbangkan oleh Javier Hernandez pada minit ke-84.

Kedudukan seri 3-3 ini meletakkan MU kekal di belakang peneraju Liga Perdana Manchester City dengan perbezaan dua mata.

Manchester City dan MU memiliki 57 dan 55 mata hasil 24 perlawanan setakat ini.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 8:53 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Chelsea leka, MU bangkit untuk berkongsi mata!"

Leave a reply

Blogged.my