|

BN naikkan lagi tawaran maklumat kepala babi ke RM 18,000!

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor menawarkan wang tunai RM18,000 bagi mengesan pihak-pihak yang bertanggungjawab meletakkan kepada babi di hadapan dua masjid di Rawang dan Sentul.

Kelmarin, Kerajaan Selangor juga menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sahih berhubung pihak terlibat dalam insiden terbabit.

Pengerusi BN Bahagian Selayang, Abdul Shukur Idrus berkata, ganjaran tersebut adalah hasil sumbangan beliau bersama Pengerusi MCA Selangor,Datuk Donald Lim.

Menurutnya, Donald menawar RM10,000 kepada pemberi maklumat berhubung insiden terbabit dan RM5,000 kepada pengurusan masjid manakala beliau sendiri menawar RM3,000 untuk tujuan sama.

“Saya harian mengapa isu perkauman yang amat sensitif ini boleh dibuat sebagai satu permainan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan secara terperinci dan menahan pihak yang terlibat meletakkan kepala babi di kedua-dua masjid ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden meletakkan kepala babi yang berlaku dalam tempoh 48 jam di kawasan beliau.

Sebelum ini, beliau bersama Donald telah mengadakan lawatan Masjid Nurul Iman, Batu 18 Rawang bagi melihat sendiri insiden kepala babi yang diletakkan di pintu hadapan masjid berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang itu berkata, BN Selangor berharap orang ramai bertenang dan cuba menjaga sensitiviti agama dan
kaum di negara ini.

“Kita tidak boleh tuduh sesiapa tanpa sebarang bukti kukuh, walaupun wujud pelbagai persoalan berhubung insiden ini,” katanya.

Ketika ditanya sama ada insiden di kedua-dua masjid ini mempunyai kaitan dengan perselisihan di antara masyarakat setempat, Shukur berkata, semua pihak perlu mengelak dari mengeluarkan tuduhan liar sebegini.

Semalam, kepala babi ditemui di luar sebuah masjid di Sentul.

Selasa lalu, satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.

Polis kini sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 8:11 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "BN naikkan lagi tawaran maklumat kepala babi ke RM 18,000!"

Leave a reply

Blogged.my