|

Bapak Apek kecewa dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan

KOTA BHARU: “Kami tertekan dan ada yang menuduh saya tidak pandai menjaga anak,” kata Che Mat Hussin, 60, mengenai penyebaran fitnah terhadap anaknya yang juga penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi atau Apek.

Che Mat yang ternyata kecewa dengan perkara itu menjelaskan, dia tidak tahan melihat satu demi satu kontroversi melanda anaknya sejak kebelakangan ini.

Katanya, dia runsing apabila mendapat tahu anaknya menjadi mangsa fitnah, termasuk didakwa merampas tunang orang.

“Hati bapa mana yang tidak berkecai jika anaknya sering dilanda kontroversi seperti ini.

“Kami sekeluarga turut menerima tempiasnya walaupun perkara itu tidak berlaku.

“Saudara-mara dan jiran terdekat turut bertanya mengenai isu ini. Sebagai bapa, saya kenal Khairul Fahmi dan tidak mungkin dia buat perkara itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Cherang, di sini, semalam.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 10:25 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Bapak Apek kecewa dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan"

Leave a reply

Blogged.my