|

Abang haramjadah, rogol adik perempuan ketika datang bulan!

Gambar Hiasan
BESUT: Seorang lelaki bukan saja tergamak merogol adiknya yang datang haid di dalam semak di sebuah kampung di Kuala Besut, di sini, kelmarin, tetapi turut memukul dan mengancam membunuhnya dengan mengacukan pedang jika dia melaporkan perbuatan itu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa yang berusia 24 tahun dan tidak bekerja, turut ditumbuk di perut dan cedera di kiri lehernya akibat diacu dengan pedang oleh suspek berusia 30 tahun yang baru dibebaskan daripada penjara pada 8 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila suspek memaksa mangsa yang sudah berkahwin mengikutnya ke rumah bapa saudara di kampung sama.

“Suspek mengugut dengan meletakkan pedang di leher bertujuan memaksa mangsa mengikutnya mencari bapa saudara mereka, dan mangsa yang ketakutan terpaksa akur dengan permintaan itu.

“Bagaimanapun, sebaik sampai di rumah berkenaan, bapa saudara mereka tiada di rumah sebelum suspek menolak mangsa hingga terjatuh lalu merogolnya di dalam semak di belakang rumah.

“Sebelum itu, suspek memaksa mangsa membuka baju dan seluar. Keengganan mangsa mengikuti arahan itu menyebabkan suspek menumbuk perut dan menyebabkan mangsa menangis.

“Tangisan mangsa menyebabkan suspek naik angin dan meletakkan pedang di dada mangsa sambil mengugut akan membunuhnya jika dia terus menangis,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 9:11 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Abang haramjadah, rogol adik perempuan ketika datang bulan!"

Leave a reply

Blogged.my