|

3 pelajar perempuan dipukau sebelum dicabul di asrama

Gambar Hiasan
KUALA KANGSAR: Tiga pelajar sebuah sekolah vokasional di sini mendakwa dipukau semasa tidur sebelum dicabul ketika bermalam di asrama perempuan sekolah berkenaan, kelmarin.

Pelajar Tingkatan Tiga itu mengesyaki mereka diperlakukan demikian selepas alat sulit dan buah dada mereka mengalami kesakitan sebaik tersedar daripada tidur.

Berikutan trauma selepas diperlakukan sedemikian, salah seorang daripada mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, pelajar berkenaan mendakwa dicabul ketika tidur dan dipukau sehingga tidak sedar diperlakukan sedemikian.

Beliau berkata, mangsa mengesyaki ada lelaki menceroboh masuk bilik mereka berikutan seorang rakan mereka pernah terlihat kelibat lelaki beberapa jam sebelum kejadian.

"Kira-kira jam 3 pagi pada hari kejadian, salah seorang pelajar melihat kelibat lelaki masuk ke asrama perempuan, namun suspek kemudian berjaya melarikan diri.

"Dua daripada pelajar itu mendakwa mengalami rasa sakit di bahagian kemaluan mereka manakala seorang lagi sakit dibahagian payu dara.

"Salah seorang mangsa bersama ibu bapanya yang juga mewakili dua pelajar lain membuat satu laporan polis pada jam 2 petang semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, selain mengadu rasa sakit, semua mangsa turut kehilangan telefon bimbit masing-masing dipercayai dilarikan suspek.

"Kes ini disiasat di bawak Seksyen 354 Kanun Keseksaan keran mencabul dan Seksyen 380 Kanun sama kerana mencuri dalam bangunan," katanya.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 9:42 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "3 pelajar perempuan dipukau sebelum dicabul di asrama"

Leave a reply

Blogged.my