|

13 Pelacur dari China diberkas di Banting

BANTING – Sebuah restoran di Jenjarom bukan hanya menyediakan juadah makan minum, tetapi turut menawarkan perkhidmatan pelacuran kepada pelanggannya.

Lokasi restoran itu dikatakan strategik, di mana terletak di kawasan terpencil dan jauh daripada kesibukan bandar.

Bagaimanapun, kegiatan itu dapat dihidu polis yang melakukan serbuan, kira-kira jam 8.30 malam, kelmarin.

Pegawai Turus Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, dalam serbuan itu, 13 wanita warga China dan seorang wanita tempatan, berumur lingkungan 20-an, ditahan.

Katanya, ketika itu, warga asing tersebut sedang melayan 15 orang pelanggan tempatan.

“Premis ini beroperasi di kawasan terpencil bagi mengelak kegiatan haram ini dihidu pihak berkuasa.

“Kita percaya, pemilik turut menawarkan perkhidmatan seks di luar premis,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, kelmarin.

Kesemua tahanan dibawa ke Balai Polis Sungai Jarom bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Peraturan-Peraturan Imigresen 59/63.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan dan denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 7:59 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "13 Pelacur dari China diberkas di Banting"

Leave a reply

Blogged.my