|

Tidak menghormati pihak lawan, punca Liverpool tewas!

BOLTON - Bos Liverpool, Kenny Dalglish berang dengan kekalahan 1-3 Reds kepada Bolton semalam, dengan menuduh pemain tidak menghormati pasukan lawan sebagai punca mereka tewas.

Dalglish menegaskan, pasukannya lebih memikirkan pertembungan berikutnya iaitu menentang Man. City dalam Piala Liga, juga berdepan Manchester United dalam Piala FA.

Liverpool akan mengharungi perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga menentang City Rabu ini setelah mereka memegang kelebihan 1-0.

Ketika kemenangan bakal meletakan Reds di ambang untuk memenangi trofi pertama sejak Piala FA 2006, perlawanan berprofil tinggi menanti mereka Sabtu ini.

Kunjungan United ke Anfield untuk perlawanan pusingan keempat Piala FA adalah pertembungan pertama kedua-dua musuh ketat itu selepas insiden Luis Suarez digantung lapan perlawanan.

Di sebalik dua perlawanan penting yang menanti Reds, Dalglish tiada mood untuk memaafkan pemain kerana prestasi mereka ketika menentang Bolton semalam.

"Perkara yang mengecewakan saya ialah kami tidak bersedia untuk perlawanan ini.

"Saya tidak fikir pendekatan sedemikian betul, saya tidak fikir cara dan usaha kami betul.

"Asas kepada kelab ialah sentiasa membina rasa hormat kepada orang lain, membina falsafah untuk perlawanan.

"Jika pemain mahukan pengajaran, mereka sudah pun memperolehnya hari ini.

"Jika pemain sangka mereka hanya perlu 'tunjuk muka' di padang sambil meraih keputusan yang baik dengan cara langsung tidak memberikan permainan seperti mana usaha dan komitmen pasukan lawan, mereka mendapatnya hari ini.

"Jika pemain mahu mengambil pengajaran daripada kekalahan ini, ia sudah cukup baik," kata Dalglish.

Reds ketinggalan hasil gol awal Mark Davies, sebelum Nigel Reo-Coker melebarkan kelebihan Bolton.

Craig Bellamy merapatkan jurang gol untuk Liverpool namun pemain pertahanan, Gretar Steinsson meledak gol ketiga Bolton. - AFP


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 11:12 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Tidak menghormati pihak lawan, punca Liverpool tewas!"

Leave a reply

Blogged.my