|

Punggung saya diraba! - Ning Baizura

Penyanyi terkenal Ning Baizura berada didalam keadaan trauma apabila punggungnya diraba peminat sewaktu sedang menjayakan rangka promosi Anugerah Juara Lagi (AJL 26) di Plaza Angsana Johor Bahru baru-baru ini.

Dia berada di sana kerana lagu Beribu Sesalan yang dinyanyikan bersama Jaclyn Victor dan Shila Amzah terpilih ke peringkat akhir anugerah berprestij tersebut.

Dikatakan salah seorang peminatnya yang datang telah merempuh pengawal keselamatan yang bertugas sebelum meraba punggung penyanyi itu.

Menurut laman Dailychilli.com, sewaktu kejadian kompleks berkenaan dibanjiri kira-kira 15,000 pengunjung yang hadir untuk menyaksikan promosi tersebut.

Insiden itu disahkan oleh penganjur, TV3.

” Khalayak yang ada terlalu ramai jadi agak sukar kita untuk mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab,” ujar pihak berkenaan.

Ning Baizura bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mengulas kejadian itu kerana dikatakan berada di luar negara.

Difahamkan, sejak insiden itu, suaminya Omar Sharif Christopher Layton Dalton telah ‘memperketatkan’ kawalan ke atas isterinya.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 7:41 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Punggung saya diraba! - Ning Baizura"

Leave a reply

Blogged.my