|

Muat Turun Borang Bantuan Saguhati Khas RM3000 untuk bekas Polis

(Klik untuk Muat Turun SEKARANG!)

LATAR BELAKANG 

Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) telah menetapkan bahawa bekas-bekas polis yang layak mendapat sumbangan Saguhati Khas tersebut adalah mereka yang telah berkhidmat semasa darurat di Semenanjung (1948-1962) dan di Sabah/Sarawak (1962-1974) yang terdiri dari unit-unit atau kategori berikut :

 i.            Special Constabulary ( SC )
ii.            Home Guard ( HG )
iii.           Auxiliary Police ( AP )
iv.           Extra Police Constable ( EPC )
v.            Border Scout ( BS )
vi.           Jungle Scout /Squad ( JS )
vii.          Police Field Force Reservist (PFFR)
viii.        Sarawak Constabulary (SWC)

Semasa darurat, perkhidmatan anggota-anggota tersebut yang diwujudkan dibawah Akta Polis telah diambil berkhidmat tanpa Skim Perkhidmatan yang tetap dan tidak berpencen.

Mereka adalah anggota keselamatan yang berada di barisan hadapan dalam menghadapi ancaman keganasan militan komunis di lombong-lombong, ladang-ladang, pinggiran kampung dan lain-lain. Ramai juga yang telah mendapat kecederaan kekal atau ringan, dan sebahagiannya masih hidup hingga ke hari ini.

Sumbangan Saguhati Khas ini boleh dianggap sebagai pengiktirafan dari kerajaan pusat terhadap sumbangan khidmat bakti dan kesetiaan mereka kepada Negara.

Bantuan Saguhati Khas ini yang diberikan melalui Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) adalah di atas kadar RM3,000.00 seorang secara one-off.

SYARAT –SYARAT PERMOHONAN SUMBANGAN SAGUHATI KHAS KEPADA BEKAS POLIS YANG BERKHIDMAT PADA ZAMAN DARURAT BAGI TAHUN 1948-1962 DI SEMENANJUNG (TANAH MELAYU) ATAU BAGI TAHUN 1962-1974 DI SABAH DAN SARAWAK)
 
a)    Pemohon adalah bekas anggota Polis dan sumbangan ini diberi sekali sahaja (one-off).
b)    Bayaran ini layak dibayar kepada mereka yang pernah berkhidmat semasa darurat di antara tahun 1948 hingga 1962 bagi Semenanjung dan dari tahun 1962 hingga 1974 bagi Sabah/Sarawak.
c)    Kategori pasukan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
i. Special Constabulary ( SC )
ii. Home Guard ( HG )
iii. Auxiliary Police ( AP )
iv. Extra Police Constable ( EPC )
v. Border Scout ( BS )
vi. Jungle Scout /Squad ( JS )
vii. Police Field Force Reservist (PFFR)
viii. Sarawak Constabulary (SWC)

d)    Pengesahan terhadap mereka yang layak akan dilakukan melalui Sijil Tamat Perkhidmatan (Discharge Certificate) dan Sijil Perlantikan (Letter of Appointment) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

e)    Pemohon yang tidak mempunyai dokumen sokongan yang diperlukan, perlu mengemukakan surat akuan bersumpah beserta dengan pengesahan oleh dua (2) orang saksi yang pernah berkhidmat sebagai anggota Polis semasa zaman darurat.

f)     Sekiranya anggota tersebut telah meninggal dunia, maka bayaran Sumbangan Saguhati Khas ini akan dibuat kepada balu/dudanya.

g)      Permohonan dari balu/duda hendaklah disertakan dengan borang akuan status pemohon yang disahkan oleh Ketua Kampung/Ketua Polis Balai berdekatan.

 Dokumen- dokumen yang perlu disertakan: 

 i. Salinan Kad Pengenalan.
ii. Salinan Sijil Perlantikan / Sijil Tamat Perkhidmatan / Surat Kepujian / Sijil Penghargaan/ Dokumen lain yang membuktikan pemohon adalah bekas anggota Polis dan berkhidmat semasa zaman darurat.
iii. Jika pemohon adalah balu / duda maka dokumen berikut hendaklah dikemukakan :-
a)    Salinan Kad Pengenalan.
b)    Salinan Sijil Nikah atau Salinan Sijil Kelahiran salah seorang anak kandung.
c)    Salinan Sijil Kematian.
d)    Salinan Rekod Perkhidmatan suami / isteri sebagai bekas Polis seperti di Para II.
 * Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Ketua Polis Negeri / Ketua Polis
    Daerah / Pegawai K eraja an Kumpulan Profesional / Ketua Kampung.

CARA MEMOHON 

1. Semua permohonan untuk mendapatkan Saguhati Khas ini hendaklah menggunakan borang TAWP 6A yang boleh diperolehi di tempat-tempat seperti berikut secara percuma:-
 i) Semua Cawangan Persatuan Bekas Polis Malaysia
ii) Semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen di seluruh negara
iii) Semua Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh Negara
iv) Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara (HP)

Kementerian Dalam Negeri, Aras 7, Blok D1,Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546, Putrajaya

SENARAI PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI

BIL
NAMA PEGAWAI
E-MEL
NO. TELEFON
1.
Encik Ahmad Najme bin Muhammad najme@moha.gov.my 03-8886 8583
2.
Puan Hazlin binti Selamat hazlin@moha.gov.my 03-8886 8198
3.
Supt. Md Suhaimi bin Ab Rahman 03-8886 8584
4.
ASP Faizal bin Razali faizalrazali@moha.gov.my 03-8886 8281
5.
Talian lain yang boleh dihubungi 03-8886 839503-8886 3418 03-8886 8582
03-8886 8398


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 1:53 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

3 comments for "Muat Turun Borang Bantuan Saguhati Khas RM3000 untuk bekas Polis"

  1. Salam...
    Saya ada masalah, sebelum ini kakak saya ada menghant borang permohonan mewakili ibu saya tapi tidak lengkap jadi permohonan ditolak. Kini saya dah jumpa dokument sokongan termasuk Sijil Kurniaan drpd Sultan Selangor sbg HOME GUARD serta surat mati arwah bapa saya. Bolehkah saya membuat rayuan bg pihak ibu saya?. Jika beliau masih berpeluang mendapatkan bantuan tersebut harap dapatlah hubungi saya di talian 019-2275182. Ibu saya amat berharap dgn wang bantuan tersebut dapat menampung operasi pembedahan mata beliau nanti. Harap dapat perhatian sewajarnya dr pihak tuan. Wassalam.

  2. xkan polis je.datuk saya askar british yg mempertahankan negara malaya xkan xdpt 1 apa pun smp dia meninggal jumaat yg lepas.arwah atuk saya siap simpan medal lg tp 1 apa pun x dpt ini x adil

  3. PERMOHONAN TAWP6A SEBANYAK RM3,000.00 TELAH DITUTUP PADA TARIKH 31HB JULAI 2013. SEBARANG PERMOHONAN TAWP6A TIDAK AKAN DIPROSES LAGI DI BAHAGIAN HAL EHWAL PESARA POLIS PDRM. HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH

Leave a reply

Blogged.my