|

Ramly Burger disahkan halal, ada unsur sabotaj!

IPOH: Kumpulan Syarikat Ramly yang terkenal dengan produk daging burger Ramly menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hot dog keluaran syarikat itu mengandungi DNA babi berikutan kenyataan Jabatan Kesihatan Kedah baru-baru ini mengenai keputusan persampelan produk franfurter lembu dengan jenama Ramly dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Yan mengesahkan ia mengandungi DNA babi.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly, Datuk Ramly Mokni berkata, ia adalah cubaan pihak tertentu mensabotaj syarikatnya.

Menurutnya, terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat dan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi mengenal pasti pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk syarikatnya.

“Saya, isteri dan keluarga adalah pemilik 100 peratus kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY. Sebagai Muslim, kami amat menitik berat soal hukum halal haram.

“Perniagaan kami sudah bertapak lebih 30 tahun dan semua kakitangan beragama Islam. Kami tidak akan sesekali melakukan perkara ditegah agama,” katanya. Beliau menegaskan, proses pembuatan produk syarikat diselia rapi Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan lain yang berkaitan bagi mengekalkan kredibiliti sebagai pembekal produk halal.

Katanya, syarikat juga mempunyai jabatan halal diketuai Mohamad Rafizie Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah Universiti Sains Islam Malaysia) dan turut menubuhkan jawatan kuasa halal dalaman dianggotai semua jabatan terbabit dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual Jakim.

Sehubungan itu, Ramly memberi amaran kepada pihak yang cuba memfitnah produk Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini.

Jabatan Kesihatan Kedah ketika diminta membuat penjelasan perkara itu mengesahkan ada mengambil sampel terhadap produk franfurter lembu jenama Ramly untuk dianalisis.

Pengarahnya, Dr Ismail Abu Taat berkata, syarikat pengeluar yang didapati melanggar peraturan akan diminta menghentikan penjualan buat sementara.

myMetro


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 6:05 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

1 comments for "Ramly Burger disahkan halal, ada unsur sabotaj!"

  1. Assalamualaikum....

    Inilah masalah dalam masyarakat Malaysia. Apabila ada usahawan atau anak bangsa sendiri nak buat sesuatu yang luar dari kebiasaan bangsanya sendiri, sering dipandang enteng dan dipandang rendah...malah diperlekehkan. Tetapi apabila usaha anak bangsa itu bertambah baik dan menampakkan kemajuan, mulalah ada sifat cemburu yang berunsur khianat dan negatif iaitu ingin menjatuhkan sesuatu usaha niaga yang sedang meningkat maju.

    Orang sebegini qalbunya kotor dan "hitam". Ia bukan sahaja ada di dalam kalangan sesama peniaga atau usahawan dalam bidang yang sama, tetapi ada juga dari bidang yang berlainan turut ada hasad dengki. Mereka hanya fikir keuntungan dunia tetapi tidak fikir keuntungan akhirat. Jika umat Islam ambil "akhirat" yang sebenar, nescaya kemajuan dunia turut tercapai...

    **************************

    Zam Burger Bakar di UTC Melaka

Leave a reply

Blogged.my