|

Hudud - MCA cabar Guan Eng berdebat

SHAH ALAM - MCA mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk berdebat mengenai isu hudud dan disiarkan di televisyen.

Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata, sudah beberapa kali pihaknya menjemput Guan Eng untuk berdebat tetapi ditolak.

"Lim Guan Eng seharusnya berani untuk berdepan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam debat televisyen dan tidak memberi alasan untuk elak cabaran ini.”

“Jika tidak, ia akan merendahkan statusnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini MCA beberapa jemputan untuk berdebat mengenai isu semasa, bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan itu mengelak dan lebih gemar 'cakap besar' di pentas ceramah DAP di Pulau Pinang dengan mengkritik serta menjatuhkan MCA.

Sebelum ini, Naib Presiden MCA Senator Gan Ping Sieu mencabar Guan Eng secara terbuka untuk berdebat mengenai isu hudud.

Bagaimanapun, Guan Eng membalas cabaran itu dengan berkata "Please lah!" dan tidak memberi sebarang sebab kenapa dia menolak.

Selain itu, Seng Kok berkata, MCA telah memberikan masa kepada Guan Eng untuk membalas cabaran itu tetapi masih tiada maklum balas.

Menurut beliau lagi, Institut Analisis Strategik dan Penyeldidikan Dasar (INSAP) telah menjemput Adun Air Puteh itu untuk menghadiri forum "Hudud: Implikasi ke Atas Orang Bukan Islam di Malaysia" di Wisma MCA baru-baru ini, tetapi sekali lagi, Guan Eng tidak muncul dan memberi alasan bahawa beliau tidak diberi masa yang cukup untuk bersiap sedia.

Antara anggota panel dalam forum itu ialah Presiden International Movement For a Just World (JUST) Prof Dr Chandra Muzaffar dan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Saidin.

"MCA masih akan terus menjemput beliau dan berharap rakyat dapat tahu serta lebih memahami mengenai isu masyarakat daripada debat yang akan dilakukan

“DAP dilihat seolah-olah cuba melambatkan dan mengelak dari memberitahu orang ramai mengenai pendirian mereka mengenai hudud," katanya.

Dalam pada itu, Seng Kok berkata, sebelum ini DAP ada mengatakan bahawa mereka membantah undang-undang hudud dan ini merupakan peluang yang terbaik untuk mereka menjelaskan pendirian mereka.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 8:23 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Hudud - MCA cabar Guan Eng berdebat"

Leave a reply

Blogged.my