|

Sambutan Malam Raya Padang Temusu 2009

1 SYAWAL, SABTU - Pada malam raya yang lalu, Pemuda serta Kelab Bola Sepak Padang Temusu (PTFC)telah mengadakan satu majlis jamuan makan-makan ala-ala BBQ dihadapan kampung.

Kehadiran yang menggalakkan pada malam itu telah memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sebelum itu juga, satu acara tradisi kampung ini turut berlangsung. Acara tersebut adalah menaikkan "Apollo". Apollo yang dimaksudkan adalah sama seperti menaikkan belon udara panas cuma saiznya sahaja kecil.

Acara ini sebenarnya diperkenalkan oleh Saudara Mustafa pada 15 tahun yang lalu dan kemudiannya terhenti setelah beliau berpindah dan tiada komitmen dari mana-mana pihak. Namun, semuanya kembali ceria apabila acara tradisi tahunan ini dihidupkan semula setelah lama menyepi.

En. Mustafa dan rakan-rakan menyediakan Apollo

Walaupun ke semua apollo tersebut tidak dapat dinaikkan ke semuanya akibat masalah teknikal dan cuaca, namun kemunculannya semula mengimbau kembali sejarah 15 tahun yang lalu.




Majlis kemudiannya diceriakan lagi dengan aktiviti takbir dan makan-makan!


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 8:14 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Sambutan Malam Raya Padang Temusu 2009"

Leave a reply

Blogged.my