|

Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh 2010

Selama ini Pemuda UMNO diibaratkan sebagai barisan pelapis kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang sedia ada. Dan selama ini juga Pemuda UMNO berperanan umpama pendesak didalam isu-isu berkaitan agama Islam dan juga berkenaan hak-hak melayu di negara ini.

Tetapi, entah dimana silapnya (walau ramai yang sedia maklum puncanya) Pemuda UMNO kini dilihat semakin lesu dan juga tak bermaya didalam mempertahankan Islam dan juga soal maruah melayu.


Mungkin ia berpunca dari barisan tertinggi pentadbiran Pemuda UMNO, dan mungkin juga kerana sikap berpuak-puak yang semakin membelenggu pergerakan Pemuda ini selepas dari zaman Datuk Hisham. Tetapi walau apapun puncanya, sesuatu harus dilakukan bagi mengembalikan semangat perjuangan yang pernah ada didalam Pemuda UMNO suatu ketika dulu.

Di atas kesedaran untuk mengembalikan semangat juang inilah, hari ini Pemuda UMNO Permatang Pauh telah membuat suatu kelainan yang telah mengejutkan banyak pihak.

Hinggakan Datuk Seri Shahidan Kassim yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dijemput bagi merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Permatang Pauh juga terkejut ketika beliau tiba di Dewan Persidangan.

Bertempat di Dewan Giat MARA Permatang Ara, Pemuda UMNO Permatang Pauh yang di ketuai oleh Mohd Zaidi B.Mohd Said ataupun lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Zaidi, telah menampilkan kelainan dengan semua perwakilan Pemuda kali ini hadir dengan berpakaian ala-ala askar melayu lengkap dengan berret masing-masing.

Dipercayai, Pemuda UMNO Permatang Pauh merupakan yang pertama didalam sejarah memecahkan tradisi kod etika berpakaian dari 191 Bahagian UMNO seluruh negara yang bersidang.

Usaha ini disifatkan oleh Cikgu Zaidi selaku Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh sebagai mahu menaikkan semangat juang para Pemuda UMNO khususnya di Bahagian Permatang Pauh dan memberi signal bahawa Pemuda UMNO sedia untuk menjadi "askar kerajaan" bagi melawan dakyah serta propaganda pembangkang terutamanya di negeri P.Pinang.

Biarpun ia hanyalah sekadar pakaian, namun diharapkan usaha ini dapat menyemai semangat berani dan semangat melawan didalam jiwa Pemuda UMNO yang sejak akhir-akhir ini semakin kendur hingga ada yang memberi gelaran Pemuda Lembik kepada sayap pergerakan ini.

Setiap usaha yang baik haruslah diberi pujian begitulah juga dengan apa yang dilakukan oleh Pemuda UMNO Permatang Pauh ini. Namun kekurangan yang ada tetap akan ditegur terutamanya dari blogger-blogger pro-kerajaan yang sayangkan UMNO dan mahu melihat UMNO kembali digeruni oleh lawan serta dihormati oleh kawan didalam gagasan Barisan Nasional.

Janganlah pula pemimpin-pemimpin UMNO hanya suka apabila dipuji tetapi merajuk dan melompat apabila ditegur.

Percayalah, setiap teguran dari akar umbi dan juga para penyokong kerajaan serta parti hanyalah semata-mata untuk kebaikan juga.

Mana ada orang yang menegur untuk melihat parti musnah melainkan mereka-mereka yang menegur itu tak tahu membezakan di antara teguran yang membina dan juga kritikan yang mampu membawa rebah !

UNIT MEDIA PERMATANG PAUH

ADMIN : UMNO Cawangan Padang Temusu diwakili oleh Ketua Pemudanya Osman Zainol, Saudara Akmal Anas Abd Malek dan Mohd Salmee Ismail.


Share/Bookmark
Posted by Admin Padang Temusu on 8:05 AM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh 2010"

Leave a reply

Blogged.my