BERBOGEL BERSAMA KEKASIH NIGERIA, PELAJAR WANITA DICEKUP

SEREMBAN – Seorang pelajar wanita yang sedang leka bermesra dengan kekasihnya warga Nigeria dicekup di sebuah rumah berhampiran kolej swasta di Mantin dekat sini, semalam.

Lebih memalukan, wanita berusia 20-an itu berada dalam keadaan separuh bogel dalam bilik di tingkat lima rumah berkenaan bersama kekasihnya itu kira-kira jam 4 pagi.

Seramai sembilan warga Nigeria turut berada di rumah berkenaan dalam keadaan mabuk di ruang tamu rumah dipercayai sedang berpesta menyambut hari lahir seorang rakan mereka.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi Ops Ajar Jabatan Imigresen ketika serbuan dilakukan terhadap sebuah rumah penempatan Mini Afrika itu.

Mengikut sumber, ketika serbuan dilakukan, pintu bilik wanita itu tertutup rapat dan dia enggan membukanya mes­kipun lebih 30 minit pintu bilik diketuk.

“Anggota Imigresen terpaksa memecahkan pintu dan kelihatan seorang wanita berada di atas tilam dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki warga Nigeria yang turut tidak berpakaian.

“Ketika disoal siasat, wanita itu mengaku lelaki Nigeria berkenaan teman lelakinya dan menjalinkan hubungan lebih dua tahun,” katanya.

Menurut sumber, wanita itu mendakwa kekasihnya itu adalah rakan sekelas dan menjalinkan hubungan cinta ketika belajar di tahun dua kolej berkenaan.

Wanita terbabit kemudian ditahan dan diambil ketera-ngan sebelum diserahkan kepada keluarganya kira-kira jam 7 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa Jaba­tan Imigresen negeri, Abdul Kadir Hussin berkata, dalam operasi berkenaan, seramai 42 warga asing ditahan yang terdiri daripada warga Nigeria dan selebihnya warga Kenya, Indonesia, Bangladesh, India, Iraq, Mesir dan Myanmar.

“Kita melakukan lebih 500 pemeriksaan dan mendapati, lima lelaki warga Nigeria memalsukan pas pelajar mereka melalui sindiket.

“Begitu juga dengan kesalahan tinggal lebih masa di negara ini dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia lingku-ngan 20 hingga 30-an dan dihantar ke Depoh Tahanan Lenggeng.

10:22 AM | Posted in , | Read More »

SIMPAN DADAH DALAM TUALA WANITA...

KUALA LUMPUR: Penahanan empat wanita Malaysia dalam tempoh tiga hari di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Woodlands, Singapura, sejak awal bulan ini mendedahkan taktik baru penyeludup dadah dengan menyembunyikan bahan terlarang itu di celah tuala wanita dipakai mereka.

Khamis lalu, seorang wanita berusia lingkungan 30-an ditahan Biro Narkotik Pusat (NCB) republik berkenaan di CIQ Woodlands, sejurus tiba dari Johor Bahru dan hasil pemeriksaan menemui 960 gram heroin bernilai lebih S$150,000 (RM365,000) disembunyikan dalam tuala wanita digunakannya.

Sumber memberitahu Berita Harian, hasil soal siasatnya membawa kepada penahanan suspek kedua, wanita berusia 21 tahun, juga di lokasi sama pada keesokan hari dan menemui bungkusan plastik berisi pil ecstasy, syabu dan kanabis dalam pakaian dalamnya.

“Dalam kes terbaru, Sabtu lalu, NCB dengan kerjasama Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menggagalkan satu lagi cubaan menyeludup dadah oleh dua wanita Malaysia, berusia 23 dan 28 tahun.

“Penahanan dan pemeriksaan mereka menemui 1.6 kilogram heroin dan 254 gram syabu bernilai mencecah S$307,700 (RM749,389).

“Kedua-dua suspek itu juga menggunakan cara sama, menyembunyikan dadah dalam tuala wanita dipakai mereka, selain memakai seluar dalam tebal dan seluar ketat bagi mengelak dadah itu dikesan,” katanya. Turut ditahan seorang pemandu teksi berusia 60 tahun.

Sumber berkata, siasatan mendapati semua dadah dirampas itu sudah siap diproses dan dipercayai untuk dihantar ke rangkaian pengedaran mereka di republik berkenaan.
“Keseluruhannya, dadah bernilai lebih RM1 juta berjaya dirampas daripada keempat-empat wanita itu, sekali gus rampasan terbesar di Singapura tahun ini,” katanya.

Sumber itu berkata, ini kali pertama polis negara berkenaan mengesah taktik menyembunyikan dadah di dalam tuala wanita.

“Semua suspek kini ditahan direman untuk siasatan lanjut, terutama untuk mengenal pasti dari mana bekalan dadah berkenaan diperoleh, siapa pengantara dan rangkaian pengedarnya di republik itu.

“Siasatan turut mengambil kira kemungkinan semua wanita terbabit diperdayakan penyeludup dadah,” katanya.

10:21 AM | Posted in , | Read More »

INTERNET TANPA WAYAR BOLEH JEJAS KESUBURAN

CORDOBA - Adakah menggunakan komputer riba dengan sambungan Internet tanpa wayar akan menjejaskan peluang tiga perempat daripada golongan lelaki untuk menjadi bapa?

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Conrado Avendano dari Nascentis Medicina Reproductive di Cordoba mendapati penggunaan komputer riba bersama sambungan Internet tanpa wayar dan diletakkan berhampiran organ pembiakan lelaki sebenarnya boleh mengurangkan kualiti sperma mereka.

Ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan sambungan Internet tanpa wayar menghasilkan sinaran gelombang elektromagnet yang mampu memusnahkan sel sperma di dalam organ pembiakan lelaki.

“Penggunaan sambungan Internet tanpa wayar ini juga tanpa disedari boleh menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) dalam sperma,” menurut Avendano lagi.

Bagaimanapun, Persatuan Urologi Amerika Syarikat menyatakan impak penggunaan alat teknologi moden terhadap tahap kesihatan masih samar-samar sebaliknya gaya hidup sihat lebih memainkan peranan penting untuk menentukan kesuburan seseorang individu.

10:20 AM | Posted in , | Read More »

BAYI UMUR SEBULAN DIROGOL??


LONDON: Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati.

Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.

Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah.

Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.

Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu.

Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut.

Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.”

Ia juga mendesak supaya nama pasangan berkenaan didedahkan.

Seorang pengunjung lain menulis: “Pasangan itu perlu dipenjara dan tidak dibenarkan diikat jamin, Mereka adalah penjahat.”

Seorang wanita menambah: “Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan upacara khas untuknya malam ini.”

Bayi itu yang namanya tidak disiarkan, berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu.

Bagaimanapun, malam tadi, dia menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London.

Polis turut menghantar pakar forensik untuk memeriksa sebuah rumah di Gravesend.

Jiran berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang baru lahir.

Mereka disifatkan sebagai peramah.

Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu. - DM

10:19 AM | Posted in , | Read More »

MEMBENARKAN WANITA MEMANDU BOLEH SEBABKAN ZINA

RIYADH - Satu laporan diberikan kepada Majlis Syura di Arab Saudi mendakwa, membenarkan golongan wanita di negara itu memandu boleh menggalakkan zina, menurut aktivis, kelmarin.

Laporan itu dilihat sebagai tekanan kepada pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah supaya mengekalkan undang-undang yang melarang wanita di negara itu daripada memandu sebarang kenderaan.

Aktivis Arab Saudi berkata, laporan disediakan ahli akademik terkenal negara itu, Kamal Subhi diberikan kepada Majlis Syura, iaitu badan yang bertindak sebagai penasihat kepada pemimpin negara.

“Membenarkan wanita memandu akan menggalakkan percampuran jantina dan boleh membawa kepada seks di luar perkahwinan,” menurut laporan itu.

Wanita Arab Saudi mengadakan beberapa protes, tahun ini, bagi menuntut pembubaran larangan memandu ke atas mereka di negara itu.

Raja Abdullah juga sejak kebelakangan ini dilihat mula bersedia untuk melakukan beberapa perubahan di Arab Saudi termasuk membenarkan wanita mengundi dalam pilihan raya bermula 2015.

10:18 AM | Posted in , | Read More »

DIPERKOSA ADIK LELAKI IBU TIRI...

JERTIH: Padah menerima pelawaan menonton perlawanan bola sepak bersama adik lelaki ibu tiri, seorang pelajar berusia 15 tahun dirogol suspek di rumah ibu suspek dekat sini, Ahad lalu.

Selepas kejadian di Kampung Beting Lintang, dekat sini, mangsa berturutan dirogol suspek dua kali lagi di rumah datuk saudara mangsa di kampung sama pada Isnin dan Selasa selepas itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mangsa mengikut suspek untuk berbual di depan rumahnya selepas menonton bola sepak sebelum dia dirogol tengah malam itu. Beliau berkata, mangsa sekali lagi dipaksa mengikut suspek melakukan hubungan seks di atas pangkin dalam pagar rumah datuk saudara mangsa di kampung sama jam 7.30 malam.

“Mangsa dirogol kali ketiga di depan rumah datuk saudara mangsa pada hari seterusnya kira-kira jam 10 malam,” katanya.

Katanya, mangsa yang takut dengan kejadian itu mengadu perkara berkenaan kepada seorang saudaranya.

Menurutnya, keluarga mangsa membawanya ke Balai Polis Kampung Raja, dekat sini, membuat laporan kejadian itu Khamis lalu.

10:13 AM | Posted in , | Read More »

Sambutan Hari Keluarga 2011 di Pulau Sayak Resort


29 November, Selasa - Pada hari Sabtu yang lepas, Pertubuhan Belia 4B Cawangan Padang Temusu telah pun mengadakan Hari Keluarga Belia di Pulau Sayak, Pantai Merdeka, Kedah.

Program tahunan ini diadakan dengan satu tujuan untuk merapatkan hubungan antara belia-belia di dalam kampung serta menjauhkan mereka dari amalan-amalan negatif.

Program ini bermula pada petang Sabtu apabila mereka berkonvoi motor ke destinasi. Pada malamnya diadakan BBQ dan pertandingan memancing. Pada pagi Ahad pula, acara sukaneka diadakan untuk kanak-kanak dan program tamat pada pukul 3 petang setelah selesai acara penyampaian hadiah.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Klik SINI untuk lebih banyak foto menarik!

10:09 AM | Posted in , | Read More »

Blogged.my